Sunday, November 29, 2009

The Twilight Saga & Ninja Assassin

Baru balek dari tengok movie kat MBO, Galaxy Ampang. Seperti biasa hujung minggu ni aku pergi tengok sorang² memandangkan tiada aktiviti yang hendak dilakukan selepas 2 Hari Raya Korban berlalu. Tak dapat ajak orang rumah sebab baby masih kecik huhuhu... Peluang tengok wayang minggu ini aku layan direct 2 movie berturut². Jom layan review....


The Twilight Saga : New Moon
Movie ni merupakan filem kedua selepas movie pertamanya Twilight (2008), terus terang aku cakap movie pertama aku tak pernah tengok, aku layan movie ni sebab tengok trailer dia kat nuffnang macam best. Tapi after layan hurmm... buleh tahan laaa... Cerita The Twilight Saga : New Moon ni mengisahkan seorang remaja perempuan bernama Bella lakonan Kristen Stewart yang telah jatuh cinta dengan seorang vampire.

Edward adalah vampire, tapi ia tidak memiliki taring dan keluarganya adalah unik kerana mereka memilih untuk tidak minum darah manusia. Kecergasan dan jenaka, Edward melihat langsung ke jiwa Bella membuatkan mereka terjerumus ke dalam sebuah gairah, mendebarkan dan asmara yang tidak lazim, bagi Edward, Bella adalah apa yang ia tunggu sepanjang 90 tahun untuk dijadikan pasangannya. Tetapi semakin rapat mereka, semakin banyak halangan Edward harus perjuangkan untuk melawan tarikan primal baunya, yang boleh menghantar dia ke hiruk-pikuk tak terkendali. Apa yang akan Edward & Bella lakukan ketika sebuah klan vampire baru - James (Cam Gigandet), Laurent (Edi Gathegi) dan Victoria (Rachelle Lefevre) datang ke bandar dan mengancam akan mengganggu cara hidup mereka? Anda juga akan disajikan dengan watak serigala jadian iaitu Jacob (Taylor Lautner) yang amat meminati Bella dan bertanggungjawab melindunginya. Saksikanlah cinta tiga segi dan pertarungan antara vampire dan serigala jadian dipawagam berhampiran.

Cerita ni kalau tak silap akan ada sambungan pada tahun depan dan 2011 iaitu The Twilight Saga: Eclipse dan The Twilight Saga: Breaking Dawn.


Ninja Assassin
Movie ni untuk 18SG, dan memang betul² ganazz... Hero movie ni Raizo lakonan Rain (Korea) adalah salah satu pembunuh paling kejam di dunia. Dia diambil dari jalanan sebagai anak angkat dan dilatih serta diubah untuk menjadi pembunuh terlatih oleh Klan Ozunu iaitu sebuah kumpulan rahsia yang dianggap sebagai mitos. Setelah meningkat dewasa Raizo tidak dapat menerima pegangan yang dipegang kuat oleh Klannya sehingga pada suatu hari temannya dibunuh kerana cuba melarikan diri daripada klan tersebut. Dia cuba bangkit namun ditewaskan tetapi berjaya melarikan diri dan akan membalas dendam suatu hari nanti.

Di Berlin, agen Europol Mika Coretti (Naomie Harris) telah menemui sebuah jejak wang yang menghubungkan beberapa pembunuhan politik ke rangkaian bawah tanah yang tidak boleh mengesan pembunuh dari Timur Jauh. Menentang perintah atasannya, Ryan Maslow (Ben Miles), Mika cuba membongkar fail agen rahsia untuk mengetahui kebenaran di sebalik pembunuhan. Siasatannya membuahkan hasil, dan Klan Ozunu menghantar pasukan pembunuh untuk menghapuskan Mika yang dipimpin oleh Takeshi (Rick Yune). Raizo menyelamatkan Mika tetapi dia tahu bahawa klan Ozunu tidak akan berehat sehingga mereka berdua dihapuskan. Raizo dan Mika harus mempercayai satu sama lain jika mereka ingin bertahan untuk terushidup dan sekaligus untuk menumbangkan klan Ozunu yang sukar difahami.

Tak rugi tengok movie ni, betul² kaw... dia tetak orang guna samurai macam real... putus sana sini.. huhuhu.. ada berani? tengoklah!!!!

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam... Bagi pihak SII aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha pada semua warga muslim di Malaysia. Tahun ini mungkin ramai yang akan pulang ke kampung halaman memandangkan Aidiladha jatuh pada hari Jumaat sekaligus buleh bercuti selama 3 hari. Seperti tahun sebelumnya Aidiladha kusambut secara sederhana di kota. Tahun ni juga merupakan Aidiladha pertama kali kusambut bersama isteri dan anak tersayang. Alhamdulillah kini Syahmi genap 44 hari dan isteri aku telah habis berpantang. (tapi dia kata nak pantang 100 hari huhuhu).

Mohon maaf sekiranya sepanjang aku berblog ada tertaip, terkasar, tersendir bahasa yang kurang menyenangkan kepada pengunjung dan juga blogger. Hujung tahun ini juga genap setahun aku berblogging. Jika ada tersalah dan tersilap mohon tunjuk ajar.

Maaf sekali lagi sekiranya ada request yang belum dapat ditunaikan memandangkan keadaan sekarang tidak mengizinkan aku untuk kerap berblogging. Semalamaku baru sahaja kembali daripada Terengganu dan Pulau Pinang selepas 2 minggu berturut-turut outstation dan minggu depan pula Insyallah aku akan ke Cikarang, Indonesia atas urusan kerja. Jika masih ada request yang belum dilaksanakan sila emailkan apa jua request ke email atau YM sahaja semasa aku online.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha......

Friday, November 20, 2009

Si Budak Penjual Kuih

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!


Moral :
Satu perjalananan seorang kanak-kanak yang begitu taat kepada perintah Allah s.w.t.
Semoga menjadi renungan bersama