Sunday, November 30, 2008

Sihat Bersama KML & My Lovely Sister

Pergghh..!~ Satu hari buat blog untuk KML Centre belajar punya pasal nak tukar template sampai ilang widget² yang lain huhuhu.. syukur alhamdulilah semuanya dah ok. Di kesempatan ini aku nak intro pasal KML Centre. KML Centre ini kedai akak aku dan sekarang aku bekerja dengannyasebagai pengurus pemasaran, pengalaman bekerja sebagai managment di Sugar Bun Corpration dan pengetahuan dalam bidang komputer membuatkan aku bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut lagipun gaji akak aku bagi buleh tahan jugak :P

KML Centre merupakan perniagaan trading menjual produk kesihatan, kecantikan dan wangian. Banyak manfaat daripada produk kesihatan yang ada, dari segi kualiti memang cukup memuaskan dan produk yang di pasarkan adalah 100% halal dan buatan Malaysia. Daripada technician komputer aku beralih kedalam bidang perniagaan kerana bukan saja peluang yang diberikan malahan aku dapat menimba pengalaman yang lebih mencabar di samping menambah pengetahuan aku mengenai kesihatan. hampir 6 tahun aku berjauhan dengan akak aku dan sekarang alhamdulilah akak aku yang dulu mempunyai 1 cawangan kini dah ada 5 cawangan (4 di sabah dan 1 di semenanjung) dan akak aku yang dulu kira noob dalam bab² kesihatan kini dah menjadi pakar dalam bab² pengetahuan dan penjagaan dalam kesihatan (ada customer cakap akak aku kalau bagi penerangan dan gaya bercakap macam doktor huehuehuehue) ni gambar dia kat sebelah bersama adiknya yang sedang posing seperti model (ahaks). Thanx kak, daripada sekolah sampai lah sekarang kakak banyak memberi tunjuk ajar dan membantu adikmu yang serba kekurangan ini. Semoga Kakak sekeluarga akan panjang umur dan murah rezeki. SIHAT BERSAMA KML!

Friday, November 28, 2008

Walimatul Urus



Lagi 8 hari menunggu hari keramatku, macam² rasa ada, takot ada, nerves ada, happy pun ada. Dikesempatan ini nak tunjuk kad jemputan kawen yang Sayangku dah tempah. Huhuhu 8 hari lagik nak kawin baru nak tunjuk :D

Wednesday, November 26, 2008

Kekasihmu VS Kekasihku

Kekasihmu selalu ingat senyuman diwajahmu
Kekasihku sentiasa ingat wajahku waktu sedih

Kekasihmu akan membawamu makan makanan yang enak-enak
Kekasihku akan mempersiapkan makanan yang aku suka

Kekasihmu setiap detik selalu menunggu telefon darimu
Kekasihku setiap detik selalu teringat ingin menelefonku

Kekasihmu selalu mendoakan kamu kebahagiaan
Kekasihku selalu berusaha memberiku kebahagiaan

Kekasihmu mengharapkan kamu berubah demi dia
Kekasihku mengharapkan dia bisa berubah untukku

Kekasihmu paling suka kamu telefon waktu dia tidur
Kekasihku akan menanyakan kenapa sekarang baru nak call?

Kekasihmu akan mencari kamu untuk membahaskan masalahmu
Kekasihku akan mencariku untuk menyelesaikan masalahku

Kekasihmu selalu bertanya mengapa kamu selalu membuatnya sedih?
Kekasihku akan selalu mananyakan dirinya sendiri mengapa membuat aku sedih?

Kekasihmu selalu memikirkan penyebab perpisahan
Kekasihku memecahkan penyebab perpisahan

Kekasihmu boleh mengingati semua yang telah dia korbankan untukmu
Kekasihku boleh mengingati semua yang telah aku korbankan untuknya

Kekasihmu berfikir bahawa pertengkaran adalah jalan terakhir dari segalanya
Kekasihku berfikir, jika tidak ada pertengkaran tidak boleh disebut cinta sejati

Kekasihmu selalu ingin kamu disampingnya menemaninya selamanya
Kekasihku selalu berharap selamanya boleh disampingku menemani

Kekasihmu selalu berusaha menjanjikanmu yang selama ini kau impikan
Kekasihku akan berhati-hati dalam berjanji kerana dia tidak ingin aku kecewa

Kekasihmu akan merindukanmu ketika kau jauh
Kekasihku akan tetap merindukanku walaupun ketika aku didekatnya

Indah Matamu...


Inginku menterjemahkan sekeping cinta kita...

Inginku lakarkan lukisan keindahan...

Haruskah dengan hati ini yang mula membisu...

Atau dengan suara yang lantang dan teriakan yang bergema...

Jangan biarkan bisu dan suara itu beku...


Sayangku...

Saat memandang ke kedalaman indah matamu...

Masih kurasakan getaran cinta yang sama...

Adakah kau rasakan jua ?

Monday, November 24, 2008

Baru Nak Belajar Buat Blog

Aku baru mula nak berjinak² dengan blog ni, walaupun sebelum ini aku pernah belajar html tutorial membuat homepage, tapi dengan blog ini lagi mudah untuk membina laman sendiri, thanx to blogger and kepada mereka² yang yang terlibat. Blog ini khas untuk Sayangku, tempat ku bertukar pendapat, meluahkan rasa yang terpendam dan "kill my time". So anybody yang pro pasal blog ni sudi kiranya sharing² idea untuk dimantapkan lagi blog ini. (sorry ar aku tak suka taip panjang²... kalau copy paste no hal)